Genap dua minggu sudah Wan pergi ke Tanah Suci Mekah, hanya Ayah saja yang lebih tahu perkembangan Wan di sana.
Wan ibu Ummi, tapi iya Wan lagi senang berhubung dengan Ayah.
Mungkin kerana Ayah pernah jadi petugas jemaah Haji, maka urusan jadi lebih teratur.
Ini bukan kali pertama Wan ke sana.
Cuma kali ini Wan kata, perginya Wan kali ini kerana Wan rasa terdaya lagi untuk ikhtiar cara akhir.
Bila ditanya ikhtiar apa, ikhtiar untuk siapa - Wan balas pendek.
"Untuk anak, cucu cicit Wan."
Wan senyum.
"Doakan untuk kakak sihat-sihat je time pregnant ni, Wan. Doa cicit first Wan ni tak banyak pe'elnya."
"Wan, tolong doakan untuk Ahmad, Wan. Ahmad nak kahwin ni hehehehehe."
"Wan, kita SPM tak lama lagi ni, tolong doakan untuk kita, Wan. Tau Wan? Tau?"
Wan tersenyum, sesekali tergelak melayan 13 cucunya ( tidak termasuk yang masih kecil dan tak mengerti apa-apa ) mengomel sambil bersalaman.
When it came to my turn, I knew I have to say something.
Everyone there was expecting I would, I bet everyone knew what I should be asking.
But I mumbled.
Close people around me knows how I'm not so used to ask for something, even when I need help, what more a favour.
Perangai orang yang tidak bijak ambil kesempatan, peluang bergolek terang datang.
Tapi Along memang, memang berat mulut.
Tunduk salam, cium tangan Wan.
Cium pipi kanan Wan, I whispered ; "Wan."
Cium pipi kiri Wan, I stopped.
Wan looked at me, smiling.
"I'll pray for you, Along. Depan Kaabah nanti, Wan akan doakan. Jangan risau. Wan akan doakan untuk Along."
As much I want to say a lot of things right that very moment, I could only afford to say "Terima kasih, Wan."
We hugged, and I could feel Wan patting me at the back, her way of reassuring me that she meant every word that she said earlier.
Hari ini 1 Zulhijjah, Wan.
Along juga berikhtiar disini, Wan.
Dengan izinNya.
Salam Zulhijjah, kalian :')

1 comments:
salam zulhijjah :)
Post a Comment